Hati ini telah berhimpun,
Berkumpul di perut bumiMu,
Hati ini telah bersatu,
Berpadu memikul beban da'wahMu,
Hati ini telah mengikat setia,
Untuk mendaulat, untuk mendokong,
SyariatMu di alam maya,
Maka ya Allah, eratkanlah ikatan yang ada.
Kekalkan kemesraan yang ada,
Tunjukkan lah jalan yang benar,
Penuhkan lah dengan cahayaMu,
Tiada malam terangnya alamMu,
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikan lah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia.