Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Tuesday, February 14, 2012

Ceh2... Jiwang oii.

Alhamdulillah.. tetibe rasa rajin je.. haha.. Hari ini 14/02/2012.. bagi penganut selain agama Islam, ada la yang sambut Hari Valentine.. Istimewa untuk kekasih la kononnye..

kalu orang yang zahirnya atau di namakan islam sahaja turut serta menyambutnye dengan meriah pulak tu.. Allahualam.. Ulama sudah sepakat bahawa HARAM menyambut Hari Valentine...dah tu, nak dengar cakap siapa lagi???.. ayooo... mati nak sruh orang surau jugak tolong mandikan.. itu nada kerasnya la..hehe

Di FB n macam-macam media lagi sudah heboh pasal ni.. setiap tahun, isu ini akan keluar di ulangcetak oleh media2.. tapi masih ramai yang tidak faham bahasa.. boleh membaca, tapi tidak faham agaknya.. hehe... tapi bukan isu ini yang aku nak tekankan dalam luangan mase ini..

aku terfikir berkenaan cinta ke arah perkahwinan tapi menggunakan medium internet/alam maya..

apabila sebut je berkenaan FB, tidak kira lelaki atau perempuan memang ada profile diri..

tapi yang aku cakapkan ni bagi pihak lelaki yang single je, hehe...

aku andaikan setiap orang lelaki sentiasa post benda-benda yang positif.. ayat-ayat hikmah, perkongsian, atau apa-apa je yang menarik.. selain itu, upload plak gambar diri yang menarik..
"aku da sampai paris wey.. jangan jeles.. hehe"

so.. ramai la muslimah yang tertarik.. (andai kata)..

bila da tertarik, maka berlakulah ijab kabul di antara kedua-dua pihak.. yes!!.. aku da kawen!!!..

setelah hidup bersama, rupa-rupanya, si hero ini tidakla sekacak yang di jangkakan..
terlalu banyak kelemahan yang ada.. kurang reti mengaji/ solat jarang2...

bila di tegur.. naik angin.. sume x kena.. abeh rumah pecah kut..

makanya, apa yang di fb/alam maya itu hanya hijab semata-mata.. teknik mengejah sahaja..

andai anda sebagai seorang 'muslimah atau isteri itu'.. (andai je, minta jauhkan lah ye)

Bagaimanakah perasaan anda?
________________________


Senang Hati

Alhamdulillah.. terkesima skejap tadi.. bila seorang ustazah yang senior menegur aku.. fuhh!!

Aku telah di lantik sebagai penyelaras SPBT kat sekolah mulai awal tahun ari tu.. tugas yang mencabar la agaknya.. bukan apa, bila sembang je dengan cikgu senior, memang persoalan kerja SPBT yang dieorang akan tanya..

Kadang-kadang terharu juga bila ada orang ambil berat ni.. cewah.. haha.. mungkin bagi dieorang kerja itu memerlukan sedikit pengorbanan tenaga dan sedikit masa..

yang penting aku sangat suka kerja aku ini.. hehe.. jadi tidaklah membebankan sangat kepala otak ini..

kebetulan pagi tadi, aku buat kerja sorang2 dalam bilik SPBT tu.. tetiba je ada seorang ustazah senior yang tegur aku dari luar pintu.. die tengok aku sambil tersenyum.. yang membuatkan aku terpkir sekejap adalah dari kata-kata yang di luahkan dengan spontan itu..

" kalau hati bersih, buat kerja banyak pun x akan rase puas... rasa senang je kan.. x akan timbul perasaan dengki kat orang.."

bila dengar je... tetiba hati aku rasa sejuk je.. da boleh buat kerja dengan senyuman... hehe

pesanannya itu, membuatkan aku terpikir lagi.. semoga dengan kata-kata luahan spontan itu, memberi semangat pada ku..

-buat kerja jangan nak mengharapkan pujian Manusia.. tapi mengharapkan keredhaan Allah.. dalam masa yang sama, manusia itu juga berhak mendapatkan penghargaan.. senyuman pun da cukup memberi beribu makna-




Saturday, February 11, 2012

Aku Guru 'berjaya' n 'popular'

Aku tidak melihat kejayaan sebagai seorang pendidik, hanya kerana pelajar dapat jumlah A yang berlambak-lambak.. tapi kemenjadiaan pelajar yang berubah dari tidak baik kepada lebih baik itu yang sebenar-benarnya..

Bagi aku, selagi pelajar masih dengan perangai yang sama (yang tidak eloklah) itu tidak di namakan sebagai kejayaan..

sekarang ni, aku tengok penekanan terhadap aktiviti ko-q sangat bagus.. namun, adakah aktiviti non-formal (program kemenjadiaan pelajar) bergerak seiring dengan penekanan aktiviti tersebut..

ramai pendidik merasa bangga, apabila pasukannya menang dalam sukan, atau permainan.. namun, adakah sikap pelajar selepas permainan masih berkualiti seperti mana disiplin dalam permainan..

Jawapan bagi aku.. sama sekali tidak.. pelajar langsung tidak berminat ambil tahu mengenai hal itu dan perkara sekeliling berlaku.. apa yang dieorang tahu.. bergurau gurau gurau...

oleh itu, lahir la satu generasi yang suka memandang remeh suatu isu yang sebenarnya memainkan pengaruh yang kuat pada masyarakat sekeliling..

terlalu banyak teknik atau kemahiran yang perlu di pelajari.. bukan hanya tertumpu pada skop sukan semata-mata.. namun sejauhmana, keberkesanan program yang sedemikian..

jawapan yang terbaik.. dieorang punya perangai serupa cam dulu, kini, dan selamanya..

tapi apa yang pendidik mampu katakan, hanya merungut saja, dan hal ini terus sentiasa berterusan tanpa berhenti di perhentian..

Adakah pendidik berpuas hati dengan keadaan sekarang.. saya yakin dan pasti, semua guru tidak akan duduk senang selagi pelajar masih merangkak-rangkak mencari sinar cahaya ilmu..

aku sangat berharap, program kemenjadian pelajar yang berbentuk keagamaan di ketengahkan dengan lebih mantop..

perbanyakkanlah program seperti ini..

aku tidak tau, pendidik yang sangat gembira hari ini sebab apa.. adakah telah berjaya mengubah perangai pelajar ke arah yang lebih baik.. kalau Ya, memang ucap tahniah la...

yang aku tau, majoriti pelajar masih tidak pandai sembahyang..adakah hal ini perlu di letak hanya pada bahu golongan ustaz/ustazah sahaja.. sesekali tidak..

semua pendidik/pemimpin perlu bergerak seiring memaksa untuk melakukan hal ini.. why???

solat adalah tiang agama.. x dok tiang, x ley letak atap la poit..

x larat kalu nk jd hero sorang2 ey.. kerjasama dan kefahaman kepentingan isu ini pada pendidik memang perlu di perketatkan lagi... anak sapo ni? anak-anak sedara ekau jugak ni ha..





Friday, February 10, 2012

Salasilah Nabi.. Anda Tahu??




Alhamdulillah.. jumpe jugak mengenai sejarah/salasilah Nabi Yang Mulia ni...

"mcm mane nak cipta sejarah, kalau kita tidak tau pasal sejarah"

sepatutnya umat islam da tau pasal ni dari tadika lagi.. tp mungkin pendekatan P&P masa itu belum lengkap lagi sperti ini...

Harap penerokaan mengenai sejarah Rasul ini, dapat mengembalikan kegemilangan serta kecintaan kepada Islam..



sumber: http://bicaraiman.blogspot.com/2011/07/salasilah-keturunan-nabi-muhammad-saw.html


Insyaallah.. Lebih semangat sedikit untuk mengetahui sejarah Rasul selepas ini..


Wednesday, February 8, 2012

Kitab Minyatul Musolli..

Alhamdulillah.. aku telah di beri sebuah kitab bertajuk Minyatul Musolli tadi.. sungguh terharu.. hehe

Hari ni, belajar mengenai asal usul solat/rakaat bagi setiap waktu (m/s 12).. tp penerangan hanya smpai pada waktu maghrib sahaja.. masih mnunggu ntuk minggu hadapan..

Terima kasih Ustaz Hanif,

Wednesday, January 18, 2012

SOLAT : masbuk dan muafik

Penerangan ringkas mengenai makmum masbuk dan muafik


Rakaat Pertama: Andai makmum tidak sempat menghabiskan bacaan al-fatihah lalu imam pun rukuk (walaupun makmum angkat Takbiratul Ihram dan Al-Fatihah bersama Imam, makmum di kira sebagai Masbuk).

1. Persoalan pertama

Waktu Zohor dan Asar. Bagaimana ingin mengetahui makmum Masbuk ataupun makmum Muafik kerana waktu ini, imam membaca Al-Fatihah dengan suara yang perlahan.


2. Persoalan kedua

Dalam keadaan rakaat ke tiga, imam sudah rukuk, tp makmum masih belum menghabiskan lagi Al-Fatihah. Adakah makmum terus rukuk mengikut imam tanpa habis bacaan Al-Fatihah?

Fahami video ini dengan dua situasi yang berbeza.



Monday, January 9, 2012

Ayat setan

'Hanya kerana kecantikan sementara, engkau sanggup korbankan akhirat mu'

apabila timbul ayat setan dalam kepala otak,

"ala, sekejap je aku bukak aurat ni, untuk perkahwinan jer, lagipun sekali dalam hidup, lepas ni boleh la taubat balik"

terus, ko jadikan gambar sebagai hiasan untuk rakan mu yang bukan mahram..

aku takut pembalasan mu yang amat pedih nanti ya Allah..
jauhkanlah aku, serta keturunanku daripada amalan dari bisikan syaitan durjana ini..
berikanlah keampunan kepada hamba-hamba mu ini..