Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Saturday, February 18, 2012

Kita gembira memanjang... MEREKA ??

Sungguh bahagia hati kita... sentiasa.. dgn keamanan dan keharmonian..

namun begitu.. sedarkah kita dengan perkembangan dunia islam semasa...

mereka sedang bergolak sedara.. Nyawa mereka ibarat telur di hujung tanduk.. peluru mgkin boleh menembusi badan bila-bila masa sahaja.. Allahurabbi...

kita masih mampu gembira, suka terbahak-bahak..

bayangkan sedara anda dalam keadaan macam ni... perlukah anda gembira dengan riang??..


lihat video ini... dieorang bukan berpesta saudara.. dalam hati dieorang penuh keazaman untuk membebaskan syria dari kekejaman.. mereka adalah pejuang kebebasan.. semoga SYAHID MENANTI MU...


Ya ALLAH, tempatlah mereka di kalangan para mujahidin.. syurga Firdaus... yA ALLAH laknatilah orang yang membuat kezaliman ini...tunjukkan kuasa mu Allah pada mereka yang ingkar... sesungguhnya engkau yang Maha berkuasa Ya ALLAH..

kami mengharapkan kedamaian.. Allahuakbar !!!


saudara di Malaysia, dan seluruh Umat Islam di dunia.. hulurkan lah pengorbanan mu..
hanya secebis doa mereka harapkan.. Adakah ini pun kita tidak mampu!!!!....

Ayat Setan 2

aku cuba untuk bersangka baik tapi sentiasa ada ayat2 setan ni..

ayat2 setan ni yang sentiasa bisik2 je..

bila buat baik ckit, orang puji... setan bisik la... mmg mu baik pun, timbul plak riak..
bila mu buat jahat ckit je, orang da tidak percaya.. pah tu, mu buat la benda baik berapa banyak pun.. kamu akan sntiasa salah.. sebab apa??..

setan punya pasal la tu..

sentiasa tidak kena...

keikhlasan orang tidak bleh di nilai dgn ujian kimia.. cewah.. hehe..
kalu orang jahat (sebelum-belum ni la jahat, da insaf skrang ni) buat baik tu.. nilailah perasaan itu dengan positif .. benda yang baik, perlu di nilai cara yang baik..

saja nak buat peringatan kat aku je ni... kebaikan orang sentiasa di nilai dengan keburukan..

eg: orang pakai smat (benda baik ni), nak jupe awek la tu (benda buruk).. haha, contoh mudah...
kenapa tidak bersangka baik saja.. lainlah kalau dah di hadapan mata mmg 'die' tu buat perkara yang tidak elok... Allahualam.. Hanya Allah mengetahui apa yang di dalam dan luar Hati manusia..


Friday, February 17, 2012

Aku Jatuh Hati...

Alhamdulillah.. Aku Jatuh Hati Pada Mu.. l love u forever n ever... amin..

dengar dan fahami dengan tenang...

Surah Yusuf.. Bacaan Sheikh Saad Al Ghamidi ( http://www.surah.my/12 )



Surah Al Kahfi.. Bacaan Sheikh Sudais

Thursday, February 16, 2012

Bukan kerana benci...

fuhh.. pertama kali aku lakar sejarah..

ari ni aku telah remove profile fb seseorang... aku remove bukan kerana benci/tidak suka.. tapi kerana bimbang..

aku x nak lagi rasa bersalah...noktah..

Moge Allah S.W.T taala sentiasa merahmati kami..

Tuesday, February 14, 2012

Ceh2... Jiwang oii.

Alhamdulillah.. tetibe rasa rajin je.. haha.. Hari ini 14/02/2012.. bagi penganut selain agama Islam, ada la yang sambut Hari Valentine.. Istimewa untuk kekasih la kononnye..

kalu orang yang zahirnya atau di namakan islam sahaja turut serta menyambutnye dengan meriah pulak tu.. Allahualam.. Ulama sudah sepakat bahawa HARAM menyambut Hari Valentine...dah tu, nak dengar cakap siapa lagi???.. ayooo... mati nak sruh orang surau jugak tolong mandikan.. itu nada kerasnya la..hehe

Di FB n macam-macam media lagi sudah heboh pasal ni.. setiap tahun, isu ini akan keluar di ulangcetak oleh media2.. tapi masih ramai yang tidak faham bahasa.. boleh membaca, tapi tidak faham agaknya.. hehe... tapi bukan isu ini yang aku nak tekankan dalam luangan mase ini..

aku terfikir berkenaan cinta ke arah perkahwinan tapi menggunakan medium internet/alam maya..

apabila sebut je berkenaan FB, tidak kira lelaki atau perempuan memang ada profile diri..

tapi yang aku cakapkan ni bagi pihak lelaki yang single je, hehe...

aku andaikan setiap orang lelaki sentiasa post benda-benda yang positif.. ayat-ayat hikmah, perkongsian, atau apa-apa je yang menarik.. selain itu, upload plak gambar diri yang menarik..
"aku da sampai paris wey.. jangan jeles.. hehe"

so.. ramai la muslimah yang tertarik.. (andai kata)..

bila da tertarik, maka berlakulah ijab kabul di antara kedua-dua pihak.. yes!!.. aku da kawen!!!..

setelah hidup bersama, rupa-rupanya, si hero ini tidakla sekacak yang di jangkakan..
terlalu banyak kelemahan yang ada.. kurang reti mengaji/ solat jarang2...

bila di tegur.. naik angin.. sume x kena.. abeh rumah pecah kut..

makanya, apa yang di fb/alam maya itu hanya hijab semata-mata.. teknik mengejah sahaja..

andai anda sebagai seorang 'muslimah atau isteri itu'.. (andai je, minta jauhkan lah ye)

Bagaimanakah perasaan anda?
________________________


Senang Hati

Alhamdulillah.. terkesima skejap tadi.. bila seorang ustazah yang senior menegur aku.. fuhh!!

Aku telah di lantik sebagai penyelaras SPBT kat sekolah mulai awal tahun ari tu.. tugas yang mencabar la agaknya.. bukan apa, bila sembang je dengan cikgu senior, memang persoalan kerja SPBT yang dieorang akan tanya..

Kadang-kadang terharu juga bila ada orang ambil berat ni.. cewah.. haha.. mungkin bagi dieorang kerja itu memerlukan sedikit pengorbanan tenaga dan sedikit masa..

yang penting aku sangat suka kerja aku ini.. hehe.. jadi tidaklah membebankan sangat kepala otak ini..

kebetulan pagi tadi, aku buat kerja sorang2 dalam bilik SPBT tu.. tetiba je ada seorang ustazah senior yang tegur aku dari luar pintu.. die tengok aku sambil tersenyum.. yang membuatkan aku terpkir sekejap adalah dari kata-kata yang di luahkan dengan spontan itu..

" kalau hati bersih, buat kerja banyak pun x akan rase puas... rasa senang je kan.. x akan timbul perasaan dengki kat orang.."

bila dengar je... tetiba hati aku rasa sejuk je.. da boleh buat kerja dengan senyuman... hehe

pesanannya itu, membuatkan aku terpikir lagi.. semoga dengan kata-kata luahan spontan itu, memberi semangat pada ku..

-buat kerja jangan nak mengharapkan pujian Manusia.. tapi mengharapkan keredhaan Allah.. dalam masa yang sama, manusia itu juga berhak mendapatkan penghargaan.. senyuman pun da cukup memberi beribu makna-




Saturday, February 11, 2012

Aku Guru 'berjaya' n 'popular'

Aku tidak melihat kejayaan sebagai seorang pendidik, hanya kerana pelajar dapat jumlah A yang berlambak-lambak.. tapi kemenjadiaan pelajar yang berubah dari tidak baik kepada lebih baik itu yang sebenar-benarnya..

Bagi aku, selagi pelajar masih dengan perangai yang sama (yang tidak eloklah) itu tidak di namakan sebagai kejayaan..

sekarang ni, aku tengok penekanan terhadap aktiviti ko-q sangat bagus.. namun, adakah aktiviti non-formal (program kemenjadiaan pelajar) bergerak seiring dengan penekanan aktiviti tersebut..

ramai pendidik merasa bangga, apabila pasukannya menang dalam sukan, atau permainan.. namun, adakah sikap pelajar selepas permainan masih berkualiti seperti mana disiplin dalam permainan..

Jawapan bagi aku.. sama sekali tidak.. pelajar langsung tidak berminat ambil tahu mengenai hal itu dan perkara sekeliling berlaku.. apa yang dieorang tahu.. bergurau gurau gurau...

oleh itu, lahir la satu generasi yang suka memandang remeh suatu isu yang sebenarnya memainkan pengaruh yang kuat pada masyarakat sekeliling..

terlalu banyak teknik atau kemahiran yang perlu di pelajari.. bukan hanya tertumpu pada skop sukan semata-mata.. namun sejauhmana, keberkesanan program yang sedemikian..

jawapan yang terbaik.. dieorang punya perangai serupa cam dulu, kini, dan selamanya..

tapi apa yang pendidik mampu katakan, hanya merungut saja, dan hal ini terus sentiasa berterusan tanpa berhenti di perhentian..

Adakah pendidik berpuas hati dengan keadaan sekarang.. saya yakin dan pasti, semua guru tidak akan duduk senang selagi pelajar masih merangkak-rangkak mencari sinar cahaya ilmu..

aku sangat berharap, program kemenjadian pelajar yang berbentuk keagamaan di ketengahkan dengan lebih mantop..

perbanyakkanlah program seperti ini..

aku tidak tau, pendidik yang sangat gembira hari ini sebab apa.. adakah telah berjaya mengubah perangai pelajar ke arah yang lebih baik.. kalau Ya, memang ucap tahniah la...

yang aku tau, majoriti pelajar masih tidak pandai sembahyang..adakah hal ini perlu di letak hanya pada bahu golongan ustaz/ustazah sahaja.. sesekali tidak..

semua pendidik/pemimpin perlu bergerak seiring memaksa untuk melakukan hal ini.. why???

solat adalah tiang agama.. x dok tiang, x ley letak atap la poit..

x larat kalu nk jd hero sorang2 ey.. kerjasama dan kefahaman kepentingan isu ini pada pendidik memang perlu di perketatkan lagi... anak sapo ni? anak-anak sedara ekau jugak ni ha..