Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Monday, June 25, 2012

Sejarah unggul tercipta...

Allahuakbar!!!... Alhamdulillah.... perasaan hiba dan gembira pada 24/06/2012... sebuah sejarah indah telah tercipta...





sumber: fb kekawan..
siapakah Dr. Muhammad Mursi??...

#UCAPAN PERTAMA DARIPADA PRESIDEN MESIR, DR MUHAMMAD MURSI
--> "Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "
--> merupakan pemimpin ke-2 hafiz didunia selepas perdana menteri palestin, ismail haniya... ALLAHUAKBAR!

PROFIL DR MUHAMMAD MURSI
- Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.
- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran
- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975.
- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978.
- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.
- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,
- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,
- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.
- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.
- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.
- Punyai puluhan penyelidikan "rawatan permukaan logam," dalam bidang saintifik.
- Mengambil bahagian dalam NASA dalam pembangunan enjin Space Shuttle pada awal tahun 80an.
- Sebahagian artikelnya diterbitkan oleh NASA.
- Memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
- Ahli Jawatankuasa Provinsi Timur Menentang Zionisme,
- Ahli Persidangan Antarabangsa pihak dan kuasa politik, kesatuan sekerja,
- Ahli pengasas Jawatankuasa untuk menentang projek Zionis.
- Pengerusi parti kebebasan dan keadilan
- Ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslimin
- Ketua blok Ikhwan Muslimin di Parlimen sesi 2000-2005,
- Di Era Mubarak Dr. Mohamed Morsi antara yang ditangkap berkali-kali, selepas pilihanraya dimanipulasi 2005,
- Ditangkap pada pagi Mei 18, 2006 dengan 500 ahli-ahli Ikhwan yang lain di utara Kaherah,
- Menghabiskan masa 7 bulan di dalam penjara


Aku sebagai saudara seislam.. mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Mursi... aku x pernah melihat umat islam di seluruh dunia kelihatan sangat gembira dengan khabar ini.. 
semoga beliau mencipta sejarah islam baru yang gah sepertimana kegemilangan islam sebelum ini... amin...

Friday, June 22, 2012

Ayahku...

Sayu apabila melihat gambar ayah tercinta... minta maaf, aku masih bukan anak yang baik untuk mu...

Sunday, June 17, 2012

Sembang bola sepak kampung...

Alhamdulillah.. syukur masih menghirup udara yang nyaman kek pilah ni..

Sudah lama x berceloteh mengenai cite yang ngarut2 ni.. haha.. da duk umah je, x jalan mane2 pun.. Ada plak sesetengah kawan aku cakap, sesape hidup ngan aku mesti bosan gile.. haha.. ikut korang la.. sori, aku da bese cam ni.. haha..

seperti biasa bila weekend je, memang ade game bola sepak KPM kt padang sekolah aku.. fuh, memang bes la.. aku ni mmng suka menonton, n kalu sruh main.. ermm.. haha..

lagi bes,anda perlu tgk je.. x perlu bayar tiket.. haha.. aku rasa memang berbaloi la stay kt skolah ni.. macam da jodoh je.. 

kebetulan, semalam ada game antara Melaka VS Negeri Sembilan.. ada 2 team yang lawan, (u 17 n u 14).. aku pun join la tgk skali.. petang kul 3.30 sepak mula.. dieorang memang semangat.. maklum la.. pemain negeri tu.. 

tapi dalam post ni, bukan semangat pemain aku nak wat sembang... tapi refree n jurulatih x berbayar di luar padang.. haha.. termasuk den ckit..

situasi 1..pre match

aku berdiri kt tiang je, sbb kerusi aku da di ambil orang.. layan je la, sbb x de kisah sgt pun.. sape cepat die dapat kerusi 2.. kerusi da cam pisang goreng panas je, berebut2 nk ambik.. kadang2 VVIP pun berdiri je, sbb datang lewat.. pennton sebelah buat2 x nampak je la.. haha.. sapa suruh datang lewat hah!.. haha..

situasi ke 2..first half..

sambil tgk2 game tu, dgr la sorang mak cik sebelah aku ni merungut.. bley tahan jugak die mrungut.. kdang2 jeling2 kt aku.. haha.. aku pun wat sembang la.. tnye la, dari mana datang n ape2 je la yang patut..
rupa2 nya.. die bgtau la kt aku.. ade sorang brother, duk sebelah kiri aku je... dari sepak mula, n sampai abeh first half, bertempik je...mmg aku dgr la.. kuat kut die sound pemain2 ni.. dari tiang gol sebelah kanan, smpai tiang gol sebelah kiri dgr.. agaknya la.. da kalahkan coach.. siap bagi arahan ape2 yng patut pada coach, sbb brother tu mmg duk bhagian belakang coach.. haha.. aku senyum je bile mk cik ckp cam tu..
da bese da cik.. hiburan.. aku pun ok je, bese la..anak2 dieorang yang main.. ayah semangat, anak mesti lagi perlu kena semangat.. bapa borek, anak rintik.. dieorang memang fanatik..

tapi perlu pada tempat jugak bro...smpaikan perkataan Laha **t pun kuar.. aku rasa itu sudah melampau jugak... 

budak2 ramai je yang datang kut... ko tu, brother... ayat kuar tu mesti bley pakai ckit...da kwasan sekolah n ade je VVIP yang datang.. kena ingat la bro.. fokus game tu untuk ajar bdak2 ni disiplin dalam permainan.. 

bukan untuk keji mengeji.. provoke pun kene pndai la...x perlu kuarkan ayat2 yang x sesuai di depan budak2 ni.. akibatnya.. da jadi buah mulut orang.. 

kamu rasa bangga dan puas dengan perbuatan mu itu.. itu mgkin kamu, orang lain?...ingat ckit bro.. cewah..haha

situasi ke 3.. second half...

Bola2 jugak, Solat jangan lupa... so, lepas solat aku p blik kat padang ntuk tgk dieorang main.. seperti bese.. pemain negeri memang hebat... n x di lupakan jugak.. penonton di luar pdang.. lagi luarbiasa hebatnya..

aku masih berdiri di tempat yang sama, tapi sebelah kanan aku da orang lain.. seorang lelaki.. hehe..
seperti bese, bila da duk dekat2 ni, secara x lngsung aku memang terus di lantik menjadi pnolong jurulatih taktikal yang x rasmi la.. haha..banyak je komen2 n kritikan yang aku sembang ngan pak cik tu.. haha.. 

selang dua tiga minit, datang la si isteri dan dua orang anaknya..kecil2 je lagi.. hehe.. situasi sudah berubah..
sebab?.. jurulatih sbenar sudah datang.. haha..

aku plak yang snyap, n hanya kedengaran suara mak cik tu yang mengulas.. haha.. kadang2 memberi sorakan yang kuat.. si suaminya hanya mampu tersenyum.. agaknya la.. nk marah isteri pun aku x tau.. 

lebih gempak, anaknya yang kecil itu menyuarakan pendapat.. "emak bisingla!!".. 
aku pun senyum n cover balik mak cik tu, n berkata " budak2 ni, masih x tau bola sepak cam mane..hehe"..

mak cik tu trsenyum n meneruskan tugasnya dengan jaya sehingga habis perlawanan... 

itula bola sepak... 

Friday, June 15, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.W.T



Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
bismillah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Saturday, June 9, 2012