Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Sunday, October 16, 2011

1 SOLAT. ( Rukun Solat )




Ringkasan Video di atas ( awas : perlu lihat video ini untuk memahami dengan lebih lanjut. Andai tidak faham, tanya guru yer.. hehe )

5 Rukun Qauli (melibatkan sebutan/lafaz)

1. Takbiratul ihram
2. Surah Al Fatihah
3. Tahiyat Akhir
4. Selawat
5. Salam

6 Rukun Fe'li (perbuatan)

1. Berdiri
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk Antara Dua Sujud
6. Duduk tahiyat Akhir

2 Rukun Qalbi (hati)

1. Niat
2. Tertib

Audio berkaitan Rukun SOlat ( bagi rujukan lebih lanjut )

oleh : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Kitab Muniatul Musolli 07 - Rukun Solat 1
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?iuuig35grcr

Kitab Muniatul Musolli 08 - Rukun Solat 2
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dnd53lz62xc

sumber : http://www.mymaktabaty.com

Laman web berkaitan rukun Solat (bagi Rujukan lanjut)

1. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-mukadimah.html
2. http://www.niknasri.com/?p=4946#more-4946

Friday, October 7, 2011

Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam


Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".

sumber: http://doaharian.blogspot.com/2006/01/link-kepada-kami.html

Tuesday, October 4, 2011

Tajwid 1 : Bacaan Makhraj huruf dengan cara yang betul

Melalui video ini.. kita akan mengetahui beberapa konsep asas yang sering di abaikan oleh amatur macam aku ni.. MAKHRAJ HURUF.. (nampak mudah, tetapi kalau tidak pandai yang ni, memang gagal dalam ujian )



Antara isi-isi yang penting..

4 Rukun Tajwid Membaca Al- Quran..

a. Makhraj huruf : Di mana tempat keluar huruf.
b. Mengesan/mengawasi sifat-sifat huruf. 17 sifat huruf.. eg: huruf tha.
(mengandungi sifat qalqalah.. ni teori je.. hehe.. untuk tahu/faham lebih lanjut tengok video ni dan belajar dengan ustaz2 anda.)
c. Huruf-huruf menjadi kalimah. Baca dengan makhraj bersama sifat huruf.. (
d. Hendaklah di baca berulang dengan bertajwid..

Perbezaan bacaan antara Huruf Ha pedas dengan Ha Gulung.. (buat praktikal betul2 yang ni.. kalu tidak, lintang pukang ayat/bacaan.. maksud salah )..



Makhraj Hurud Dod..

info yang menarik bagi aku.. terima kasih Ustaz..



kalau tidak belajar, memang mengaji dengan syok sendiri saje.. hehe..


Kesimpulanya, berguru memang amat penting.. kita akan tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahan yang ada pada kita..(perlu ada teguran.. barulah tidak ada perasaan syok sendiri bila mengaji ni.. kadang-kadang orang bijak pandai ni susah nak tegur.. almaklum, sudah terlalu pandai.. aku suka ayat dari Ustaz Pahrol ni..
Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal di miliki dan di warisinya.. )

Doakan ustaz ini, agar di berkati oleh Allah S.W.T dan di permudahkan segala urusan... amin

Monday, October 3, 2011

Tajwid 2 : kebiasaan bila mengaji, kita akan sangkut.. hehe


1. Bacaan Saktah
2. Imalah
3. Isymam
4. Tashil
5. Tiga Bacaan Ibdal atau Tashil




6. Naqol
7. Bacaan ILtiqa' Sakinain
8. Enam perkataan Alif Istimewa
9. Teknik Ibtida' Hamzah Wasal
10. Tiga perkataan Do'fin




Doakan ustaz ini, agar di berkati oleh Allah S.W.T dan di permudahkan segala urusan... amin

Sunday, October 2, 2011

Seorang Lelaki..

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.


Jadilah seorang lelaki,

Yang menjaga tutur katanya,

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,

Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,

Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,

Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,

Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,

Yang menjaga matanya dari berbelanja,

Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,

Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,

Suaranya lesu kerana penat berzikir,

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,

Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,

Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

Kerana dia mengimpikan syurga Allah.


sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/jadilah-seorang-lelaki-yang/

Saturday, October 1, 2011

Bisikan Syaitan..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Riwayat Bukhari Dan Muslim..

Terlalu banyak kali aku sudah tertewas dek kerana bisikan syaitan yang di rejam ini...

Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.. hamba mu ni memang sangat lemah.. berikanlah hidayah agar di kuatkan iman yang lemah ini.. amin..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam'
,
dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya

seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah

galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu

sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari

Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu

lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."


Ibn Mas'ud r.a