Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Saturday, October 1, 2011

Bisikan Syaitan..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

Riwayat Bukhari Dan Muslim..

Terlalu banyak kali aku sudah tertewas dek kerana bisikan syaitan yang di rejam ini...

Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.. hamba mu ni memang sangat lemah.. berikanlah hidayah agar di kuatkan iman yang lemah ini.. amin..

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam'
,
dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya

seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah

galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu

sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari

Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu

lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."


Ibn Mas'ud r.a



No comments:

Post a Comment