Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini, memberi kerahmatan kepada
seluruh umat ISLAM di dunia ini...
Sekadar kongsian ILMU.. (aku ambik dari artkl..FIKRAH MADANI UTM..21/08/09)
TIPS BERSAHUR..
1. Maksud Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam: "Makan sahur
adalah berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun hanya
dengan meminum seteguk air." (Riwayat Ahmad)
2. Sunat melewatkan waktu sahur, sekira-kiranya sempat berhenti makan sahur itu pada waktu imsak.
3. Di anjurkan mematuhi waktu imsak sebagai langkah berhati-hati. Waktu imsak ialah waktu sebelum
masuk waktu subuh dan tempohnya ialah lebih kurang membaca 50 ayat Al-Quran secara sederhana.
dinilai tempoh waktu menghabiskan surah Al-Mursalat itu memadai kerana surah itu mengandungi 50 ayat.
endapat lain, cukup dengan nilaian 10 minit sebagai tempoh waktu imsak.
4. Sunat makan sahur dengan kurma sepertimana yang di anjurkan Rasulullah Sallallahu'alaihi wasalam,"
sebaik-baik makanan sahurmu adalah kurma."
5. Niat makan sahur belum memadai dengan niat puasa makanya orang yang belum berniat puasa,
wajib niat pada waktu sahur dengan niat puasa. sekurang-kurang niat, adalah "sahaja aku puasa RAmadhan".
.....ingatan buat diriku......
No comments:
Post a Comment