Salam



Raza4u.com Get -Graphics
Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..

Monday, January 13, 2014

AKU

Umurku sudah menjangkau 27 tahun.. Adakah tiada lagi peluang untukku membuat kebaikan?

Tuesday, April 30, 2013

Politik kini lebih segar...

Alhamdulillah.. tiba masa berpolitik.. teringat akan perwatakan arwah ayah.. tiba je waktu kempen sebelum pilihanraya.. beliau kelihatan tenang dan tidak menunjukkan reaksi yang gembira...

 aku faham dengan keadaan tersebut... kempen penuh hasutan/fitnah/makian... dan ayah aku memang anti dengan perpecahan di kalangan islam..

 aku sangat hormat dengan pendirian arwah ayah... aku berpendirian positif, kini tiba ntuk arwah rilek sahaja, dan tidak hairan.. sebelum pilihanraya lagi, arwah ayah ku telah bekerja keras mengajar ilmu Al-Quran dan menunjukkan pekerti yang sangat tinggi pd masyarakat kampung ku... TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK..

 kata mak ku.. berkempen bukn pada wktu plihanraya sbenarnya.. tp sewaktu hidupmu hari-hari... tunjukkan kerja n perlakuan yang berakhlak islam kepada orang kampung... cukuplah...

 setiap orang perlu bekerja dan jangan terlalu jumud dengan satu pemikiran.. bersosial dengan masyarakat tanpa melanggar batas2.. perlu fleksibel dan sebarkan salam... (teringat perlakuan arwah ayah yang tidak takut memberi salam pada orang yang tidak di kenali)..

 Alhamdulillah.. solat jenazah Arwah ayah telah di imamkan oleh calon PAS adun teluk Pasu.. Ustaz Ridzuan...

 Berkatilah Ya Allah.. Semoga Syurga Firdaus ntuk IbuBapaku... Amin...

-tinggalkan sikap politik kampungan.. kini orang muda lebih segar dan profesional dalam menilai setiap perincian perkara..

 kini tiba masaku pula....

Monday, April 1, 2013

PASTI BOLEH..

Alhamdulillah... kini aku bangkit... usah toleh ke belakang lagi boh!!... Insyaallah... JANGAN KAU PALINGKAN AKU SETELAH ENGKAU KURNIAKAN PADAKU HIDAYAH... ALLAHUAKBAR!!!!

Saturday, January 19, 2013

Ilmu Tajwid

Kaedah Membaca Surah Al- Fatihah.. insyaallah.. byk manfaatnya. siri-siri pengajaran tajwid Apapun kena menuntut dgn guru yang arif bagi memastikan bacaan lebih tepat.. insyaallah.. semoga Allah S.W.T memberi keberkatan kepada ustaz..

Monday, October 1, 2012

Tanggungjawab..

Allahuakbar...

aku teringat sebahagian pesan Imam Nawawi.. perkara yang paling berat.. adalah AMANAH..

Dalam beberapa hari ni, aku telah di berikan tugas menjaga pelajar asrama..

bagi sesetengah orang, perkara ini kelihatan mudah...
Tapi bagi aku, TIDAK...

bak kata orang kebiasaan, mengajar itu mudah...tp MENDIDIK itu yang susah,..

Allahuakbar...

aku masih terfikir2 bagaimana untuk memujuk hati dieorang ni..

bleh aku katakan, pemikiran kepala otak dieorang ni sama saja... pelajar kelas depan atau kelas yang agak kebelakang..

bila di tegur, matanye cam mata rimau... tajam....

alasanya selalu ada....

Tapi yang penting, aku suka keadaan mcm ni.. hehe..

"Membangunkan Modal Insan menurut kaca mata ISLAM".. Allahuakbar!!..

cume agak kureng bile terpaksa tegur pasal disiplin je...


Wednesday, September 12, 2012

Tarian b**gang VS Zikir

Minta maaf,.. itu bukan budaya orang islam...

 Tarian G****nam VS ZIKIR... yang mana satu lebih menyerlah bagi Anda?...

 Andai kata Kata Tarian itu lebih menyerlah?... muhasabahlah...
 dan Andai kata Zikir itu lebih menyerlah?.. Muhasabahlah...

 ---aku boleh katakan lagunya seolah-seolah bisikan setan (agak kasar)-- sebab?..
 bila aku nk buat ibadah seperti solat... lagunya terngiang2 dalam kepala aku.. Allahurabbi... hilang rasa khusyuk... kene reset balik kepala otak ni..

 cuba lawan lagu ini dengan zikir sedara...

aku percaya setan akan cuba sedaya upaya membisikkan perkara yang lagha kepada manusia!!! kalu x berjaya dengan cara ni, alternatif lain yang terbaik di ambilnya...

 dan aku percaya, TARIAN ini merupakan salah satunya virus terbaik bagi meracuni orang islam sekarang ini..

 sekadar FUN kata kau???... sedarlah sedara.... Dunia semakin pelik....




Thursday, August 9, 2012

Aku Anak Yatim

Allahurabbi.. Syahdu molek iklan raya tahun ni...

Wednesday, August 8, 2012

20 Ramadhan..

Ya Allah... hamba mu ni lemah ya Allah... sering lupa pada mu... ampunilah kami... target ku tidak tercapai... tapi insyaallah aku sentiasa mengiringi mu dengan bacaan Al-Quran... Wahai Allahyarham Ayahku...semoga dirimu sentiasa mendapat Rahmat dari Allah S.W.T...

Wacana Petang

Alhamdulillah.. pengisian yang bermakna....

Monday, July 30, 2012

Ramadhan tiba lagi...


Alhamdulillah.. bulan Ramadhan tiba lagi....

"semoga mencapai target untuk bulan Ramadhan ini... insyaallah.. semoga di permudahkan"..

menu berbuka yang unik... haha..
-------roti canai dan aiskrim---------layannn..

berbuka dengan teman, sahabat dunia dan akhirat..
 temani diriku sentiasa... amin

Thursday, July 12, 2012

Orang Tua part 4

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah S.W.T.... masih di kurniakan nikmat rezeki yang tidak ternilai.. Allahuakbar...

2 hari yang lepas, x housmate aku da blik UKM..so, skarang ni aku dlm kesunyiaan bertemankan sahabat dunia akhirat..insyaallah.. dengan kata lain, aku duk sorang2 je dalam rumah...

bila dah duduk sorang2, kepala jadi agak pening n mula mencari makanan kat luar... jd aku ambik peluang untuk mengecap puyuh skali.. da lame x makan..hehe.. Alhamdulillah, rezeki datang dr Allah..

aku gak bila makan, ermm.. orang yg rapat ngan aku tau la.. hadap habes.. bila duk sorang, aku hanya duk dlm dunia aku je la.. makan pun ngan tangan je.. layan la, dieorang nk cakap ape pun... hehe.. ' plezz, orang tgk x mu mkan ni.. jgn duk perasan sgt ye.. haha'...

smbil srnok menikmati, aku trpandang seorang berusia pak cik dlm lingkungn 40 an, kelihatan agak sedih.. bila da terpandang, die pun terus datang kat aku.. dan aku percaya.. orang di keliling aku ni, anggap pak cik ni orang yang 'kurang'.. situasinya lebih kurang dlm kisah 'orang tua part 1' ..

smbil den makan, die pun rancak bercerita kisah dia... loghatnya mmg agak sukar untuk den paham.. sbb pak cik ni india muslim... keadaanya yang tidak terurus dan memakai kopiah di kepala..

yang den paham, die hanya ada RM 1.00, untuk buat tambang blik kg halaman kat Johor... sambil sedih2 dia sempat mendoakan den, supaya selamat dunia akhirat... orang di sekeliling kedai makan tu da pndang semcam je, sebb die doa tu agak kuat jugak. aku tidak kisah...

 hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan manusia..

seterusnya, den makan smpai kenyang.. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah... berkongsi itu rahmat...hehe

Tuesday, July 10, 2012

Remaja Hebat...

Ya Allah... lemah la aku ni.. tetiba je, perasaan sebak mai kt dada... hanya sepatah dua je ckp.. da hmpir mnitis air mata... mmg betul2 meruntun perasaan la... kata Lelaki.. salah ke kalau aku mnitis air mata?..x macho kn..

Alhamdulillah.. usai abeh je, sembahyng Maghrib... selawat di baca beramai2 oleh remaja2 ni... imam yg di lantik td, mmg x di sangka2..hehe..

walaupun bacaan agak kekok, dan pergerakan agak laju..tp, itu da kira ok sebenarnya.. proses pembelajaran smemangnya melalui kesalahan atau kelemahan..perbaikilah dengan sebaik mungkin..
insyaallah Anda boleh !!..

selepas abeh bacaan doa, tetiba diri ini terpanggil untuk ke hadapan... Allahuakbar.. sperti bese, bila da duduk depan dieorang.. aku mule la berceloteh ckit.. tp malangnya hari ni.. berapa patah perkataan je kluar..

 lepas tu, perasaan sebak da mai menyelebungi aku... terus aku tersenyum dan tersenyum lagi... waduh2.. haha

bukan apa sebenarnya.. aku teringat waktu zaman sklah rendah dulu... masih segar dalam ingatan.. saat ustazah suruh murid2 tampil ke depan untuk azan asar... bukan main lagi berebut-rebut nk azan..

last sekali, hero ni jugak yg di beri peluang untuk azan..fuhh.. n aku azan la dengan berani skali.. haha..
yg x besnya plak, aku azan x abeh..haha.. selamat ade kekwn yang support dr belakang...

td pulak, aku tengok gelagat dieorang dr belakang, membaca ayat suci Al -Quran selpas solat... dieorang mungkin hafaz ayat x abeh.. tp saling support antara satu sama lain.. duduk berkelompok dan saling melengkapi.. sampaikn doa selepas smbhyang pun, imam mmberi peluang kepada makmum untuk baca, tp x de makmum yang ambik peluang... so, terpaksalah imam membaca doa walaupun agak kekok..hehe..

 jangan risau.. saya percaya kamu lebih kuat selepas ini.. cewah.. haha.. belajarlah...

jd, aku terus relate balik ngan kes masa aku skolah rendah dulu2... haha...sebab tu la, aku senyum x abeh2.. smpai skarng ni masih tersenyum2 lagi.. Insyaallah, aku smbung blik kata2 indah besok kt depan dieorang ni...hehe..


Monday, July 9, 2012

Orang Muda kite..

Allahuakbar... terharu apabila melihat seorang pemuda yang mengaji Al Quran dengan khusyuk di Stesen Bas.. sejuk mata memandang...

Moga usahamu mendapat kerahmatan dari Allah S.W.T...

den ngaji pun 'rajin'... hehe

Monday, June 25, 2012

Sejarah unggul tercipta...

Allahuakbar!!!... Alhamdulillah.... perasaan hiba dan gembira pada 24/06/2012... sebuah sejarah indah telah tercipta...





sumber: fb kekawan..
siapakah Dr. Muhammad Mursi??...

#UCAPAN PERTAMA DARIPADA PRESIDEN MESIR, DR MUHAMMAD MURSI
--> "Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "
--> merupakan pemimpin ke-2 hafiz didunia selepas perdana menteri palestin, ismail haniya... ALLAHUAKBAR!

PROFIL DR MUHAMMAD MURSI
- Dilahirkan pada Ogos 1951, di wilayah Syarqiyyah.
- Dia, isteri dan 5 orang anaknya merupakan penghafal al-Quran
- Menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Kaherah pada tahun 1975.
- Master dalam Kejuruteraan Metalogi dari universiti yang sama pada tahun 1978.
- PhD dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Southern California, 1982.
- Bekerja sebagai pensyarah, pembantu, dan pengganti di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kaherah,
- Pengajar dan pembantu di University of Southern California,
- Profesor dan pembantu di Universiti Ridge Utara di Amerika Syarikat di California antara tahun 1982-1985.
- Ketua Jabatan Bahan Sains, Fakulti Kejuruteraan Universiti Zagazig tahun 1985 - 2010.
- Pakar penyelidik bahan di bidang industri Mesir.
- Punyai puluhan penyelidikan "rawatan permukaan logam," dalam bidang saintifik.
- Mengambil bahagian dalam NASA dalam pembangunan enjin Space Shuttle pada awal tahun 80an.
- Sebahagian artikelnya diterbitkan oleh NASA.
- Memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
- Ahli Jawatankuasa Provinsi Timur Menentang Zionisme,
- Ahli Persidangan Antarabangsa pihak dan kuasa politik, kesatuan sekerja,
- Ahli pengasas Jawatankuasa untuk menentang projek Zionis.
- Pengerusi parti kebebasan dan keadilan
- Ahli Biro Bimbingan Ikhwan Muslimin
- Ketua blok Ikhwan Muslimin di Parlimen sesi 2000-2005,
- Di Era Mubarak Dr. Mohamed Morsi antara yang ditangkap berkali-kali, selepas pilihanraya dimanipulasi 2005,
- Ditangkap pada pagi Mei 18, 2006 dengan 500 ahli-ahli Ikhwan yang lain di utara Kaherah,
- Menghabiskan masa 7 bulan di dalam penjara


Aku sebagai saudara seislam.. mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Mursi... aku x pernah melihat umat islam di seluruh dunia kelihatan sangat gembira dengan khabar ini.. 
semoga beliau mencipta sejarah islam baru yang gah sepertimana kegemilangan islam sebelum ini... amin...

Friday, June 22, 2012

Ayahku...

Sayu apabila melihat gambar ayah tercinta... minta maaf, aku masih bukan anak yang baik untuk mu...

Sunday, June 17, 2012

Sembang bola sepak kampung...

Alhamdulillah.. syukur masih menghirup udara yang nyaman kek pilah ni..

Sudah lama x berceloteh mengenai cite yang ngarut2 ni.. haha.. da duk umah je, x jalan mane2 pun.. Ada plak sesetengah kawan aku cakap, sesape hidup ngan aku mesti bosan gile.. haha.. ikut korang la.. sori, aku da bese cam ni.. haha..

seperti biasa bila weekend je, memang ade game bola sepak KPM kt padang sekolah aku.. fuh, memang bes la.. aku ni mmng suka menonton, n kalu sruh main.. ermm.. haha..

lagi bes,anda perlu tgk je.. x perlu bayar tiket.. haha.. aku rasa memang berbaloi la stay kt skolah ni.. macam da jodoh je.. 

kebetulan, semalam ada game antara Melaka VS Negeri Sembilan.. ada 2 team yang lawan, (u 17 n u 14).. aku pun join la tgk skali.. petang kul 3.30 sepak mula.. dieorang memang semangat.. maklum la.. pemain negeri tu.. 

tapi dalam post ni, bukan semangat pemain aku nak wat sembang... tapi refree n jurulatih x berbayar di luar padang.. haha.. termasuk den ckit..

situasi 1..pre match

aku berdiri kt tiang je, sbb kerusi aku da di ambil orang.. layan je la, sbb x de kisah sgt pun.. sape cepat die dapat kerusi 2.. kerusi da cam pisang goreng panas je, berebut2 nk ambik.. kadang2 VVIP pun berdiri je, sbb datang lewat.. pennton sebelah buat2 x nampak je la.. haha.. sapa suruh datang lewat hah!.. haha..

situasi ke 2..first half..

sambil tgk2 game tu, dgr la sorang mak cik sebelah aku ni merungut.. bley tahan jugak die mrungut.. kdang2 jeling2 kt aku.. haha.. aku pun wat sembang la.. tnye la, dari mana datang n ape2 je la yang patut..
rupa2 nya.. die bgtau la kt aku.. ade sorang brother, duk sebelah kiri aku je... dari sepak mula, n sampai abeh first half, bertempik je...mmg aku dgr la.. kuat kut die sound pemain2 ni.. dari tiang gol sebelah kanan, smpai tiang gol sebelah kiri dgr.. agaknya la.. da kalahkan coach.. siap bagi arahan ape2 yng patut pada coach, sbb brother tu mmg duk bhagian belakang coach.. haha.. aku senyum je bile mk cik ckp cam tu..
da bese da cik.. hiburan.. aku pun ok je, bese la..anak2 dieorang yang main.. ayah semangat, anak mesti lagi perlu kena semangat.. bapa borek, anak rintik.. dieorang memang fanatik..

tapi perlu pada tempat jugak bro...smpaikan perkataan Laha **t pun kuar.. aku rasa itu sudah melampau jugak... 

budak2 ramai je yang datang kut... ko tu, brother... ayat kuar tu mesti bley pakai ckit...da kwasan sekolah n ade je VVIP yang datang.. kena ingat la bro.. fokus game tu untuk ajar bdak2 ni disiplin dalam permainan.. 

bukan untuk keji mengeji.. provoke pun kene pndai la...x perlu kuarkan ayat2 yang x sesuai di depan budak2 ni.. akibatnya.. da jadi buah mulut orang.. 

kamu rasa bangga dan puas dengan perbuatan mu itu.. itu mgkin kamu, orang lain?...ingat ckit bro.. cewah..haha

situasi ke 3.. second half...

Bola2 jugak, Solat jangan lupa... so, lepas solat aku p blik kat padang ntuk tgk dieorang main.. seperti bese.. pemain negeri memang hebat... n x di lupakan jugak.. penonton di luar pdang.. lagi luarbiasa hebatnya..

aku masih berdiri di tempat yang sama, tapi sebelah kanan aku da orang lain.. seorang lelaki.. hehe..
seperti bese, bila da duk dekat2 ni, secara x lngsung aku memang terus di lantik menjadi pnolong jurulatih taktikal yang x rasmi la.. haha..banyak je komen2 n kritikan yang aku sembang ngan pak cik tu.. haha.. 

selang dua tiga minit, datang la si isteri dan dua orang anaknya..kecil2 je lagi.. hehe.. situasi sudah berubah..
sebab?.. jurulatih sbenar sudah datang.. haha..

aku plak yang snyap, n hanya kedengaran suara mak cik tu yang mengulas.. haha.. kadang2 memberi sorakan yang kuat.. si suaminya hanya mampu tersenyum.. agaknya la.. nk marah isteri pun aku x tau.. 

lebih gempak, anaknya yang kecil itu menyuarakan pendapat.. "emak bisingla!!".. 
aku pun senyum n cover balik mak cik tu, n berkata " budak2 ni, masih x tau bola sepak cam mane..hehe"..

mak cik tu trsenyum n meneruskan tugasnya dengan jaya sehingga habis perlawanan... 

itula bola sepak... 

Friday, June 15, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.W.T



Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
bismillah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Saturday, June 9, 2012

Saturday, May 26, 2012

Aku sudah tua.. bawak2 taubatla..

Semalam adalah Hari Lahir ke 25 aku .. aku seorang yang agak mesra dan mudah sangat bercakap mengarut-ngarut.. kadang2 agak kasar dan mengguris perasaan orang sekeliling...

Insyaallah, aku akan perbaiki perangai aku ini bermula dari sekarang... Azam umur 25 ini..

Ya Allah permudahkan segala urusan aku ini...

31:19
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”

Saturday, May 5, 2012

Sirah Unggul 1

Alhamdulillah... syukur.. baru saja habiskan novel karangan Pak Abdul Latip Talib.. Khalid Al Walid..
terharu dengan kisah-kisahnya.. sehinggakan kerajaan Rom dan Parsi turut tumpas di tangan panglima unggul islam ini dengan izin Allah.. semangat Orang Islam sebenar.. memburu syahid jadi keutamaanya..