- YA ALLAH, JADIKAN AKU SEBAGAI SEORANG ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEDUA-DUA IBUBAPAKU KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT -
Blog ini merupakan wadah untuk berkongsi segala celotehku masa silam, sekarang dan masa depan. Di harapkan dengan adanya blog ini, kita saling dapat memotivasikan diri untuk menjadi insan yang lebih baik daripada yang baik.. amin (Warning.. kemungkinan penggunaan bahasa yang di gunakan agak tidak bersesuaian, mohon ampun dan maaf ye)..
Salam
Raza4u.com Get -Graphics Azam 2012.. refresh sokmo la ye... ingat2 ckit..
Friday, December 30, 2011
Azam 2012..
- YA ALLAH, JADIKAN AKU SEBAGAI SEORANG ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN KEDUA-DUA IBUBAPAKU KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT -
Friday, November 25, 2011
Keraguan berkenaan perkara membatalkan solat
Sambungan.. (tertawa dalam solat)
Sendawa..
Mendahului Imam
Sunday, October 16, 2011
1 SOLAT. ( Rukun Solat )
Ringkasan Video di atas ( awas : perlu lihat video ini untuk memahami dengan lebih lanjut. Andai tidak faham, tanya guru yer.. hehe )
5 Rukun Qauli (melibatkan sebutan/lafaz)
1. Takbiratul ihram
2. Surah Al Fatihah
3. Tahiyat Akhir
4. Selawat
5. Salam
6 Rukun Fe'li (perbuatan)
1. Berdiri
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk Antara Dua Sujud
6. Duduk tahiyat Akhir
2 Rukun Qalbi (hati)
1. Niat
2. Tertib
Audio berkaitan Rukun SOlat ( bagi rujukan lebih lanjut )
oleh : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Kitab Muniatul Musolli 07 - Rukun Solat 1
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?iuuig35grcr
Kitab Muniatul Musolli 08 - Rukun Solat 2
Link 2 Mediafire: http://www.mediafire.com/?dnd53lz62xc
sumber : http://www.mymaktabaty.com
Laman web berkaitan rukun Solat (bagi Rujukan lanjut)
1. http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/solat-mukadimah.html
2. http://www.niknasri.com/?p=4946#more-4946
Friday, October 7, 2011
Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".
sumber: http://doaharian.blogspot.com/2006/01/link-kepada-kami.html
Tuesday, October 4, 2011
Tajwid 1 : Bacaan Makhraj huruf dengan cara yang betul
Antara isi-isi yang penting..
4 Rukun Tajwid Membaca Al- Quran..
a. Makhraj huruf : Di mana tempat keluar huruf.
b. Mengesan/mengawasi sifat-sifat huruf. 17 sifat huruf.. eg: huruf tha.
(mengandungi sifat qalqalah.. ni teori je.. hehe.. untuk tahu/faham lebih lanjut tengok video ni dan belajar dengan ustaz2 anda.)
c. Huruf-huruf menjadi kalimah. Baca dengan makhraj bersama sifat huruf.. (
d. Hendaklah di baca berulang dengan bertajwid..
Perbezaan bacaan antara Huruf Ha pedas dengan Ha Gulung.. (buat praktikal betul2 yang ni.. kalu tidak, lintang pukang ayat/bacaan.. maksud salah )..
Makhraj Hurud Dod..
info yang menarik bagi aku.. terima kasih Ustaz..
kalau tidak belajar, memang mengaji dengan syok sendiri saje.. hehe..
Kesimpulanya, berguru memang amat penting.. kita akan tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahan yang ada pada kita..(perlu ada teguran.. barulah tidak ada perasaan syok sendiri bila mengaji ni.. kadang-kadang orang bijak pandai ni susah nak tegur.. almaklum, sudah terlalu pandai.. aku suka ayat dari Ustaz Pahrol ni.. Semakin tawaduk seseorang itu, semakin banyak ilmu yang bakal di miliki dan di warisinya.. )
Doakan ustaz ini, agar di berkati oleh Allah S.W.T dan di permudahkan segala urusan... amin
Monday, October 3, 2011
Tajwid 2 : kebiasaan bila mengaji, kita akan sangkut.. hehe
1. Bacaan Saktah
2. Imalah
3. Isymam
4. Tashil
5. Tiga Bacaan Ibdal atau Tashil
6. Naqol
7. Bacaan ILtiqa' Sakinain
8. Enam perkataan Alif Istimewa
9. Teknik Ibtida' Hamzah Wasal
10. Tiga perkataan Do'fin
Doakan ustaz ini, agar di berkati oleh Allah S.W.T dan di permudahkan segala urusan... amin
Sunday, October 2, 2011
Seorang Lelaki..
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.
sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/jadilah-seorang-lelaki-yang/
Saturday, October 1, 2011
Bisikan Syaitan..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Riwayat Bukhari Dan Muslim..
Terlalu banyak kali aku sudah tertewas dek kerana bisikan syaitan yang di rejam ini...
Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah.. hamba mu ni memang sangat lemah.. berikanlah hidayah agar di kuatkan iman yang lemah ini.. amin..
Thursday, September 29, 2011
Doa Rabitah..
Monday, September 26, 2011
Aku tercabar..
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Ke berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah SAW cuba dipahat dan diukir
Namun ku tetap berfikir...
Pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang ku fikir...
sumber dari FB.. Syahirul.com..
Sunday, August 21, 2011
Hargailah..
hanya 10 hari lagi kita akan beraya.. Yahoo!!!...
perlukah aku gembira seperti itu..
Ya Allah.. hati ini terase amat kekosongan..
20 ramadhan yang lepas.. Arwah ayahku telah meninggal..
terlalu cepat masa berlalu..
aku tidak tahu nak buat ayat macam mana da...
minta maaf ayahku.. aku masih belum menjadi anak yang soleh...
(semoga arwah ayahku.. Yatim Bin Cik di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.. semoga segala amalanmu di dunia ini mendapat kerahmatan dari Allah S.W.T.. Ya Allah, jauhkanlah kedua-dua ibubapaku daripada azab api neraka dan azab kubur.. tempatkanlah mereka di dalam syurga Firdaus.. amin ya Allah..)
sudah tidak kedengaran lagi suara mu yang mengalunkan takbir raya..
Saturday, August 13, 2011
Macam tin kosong yang berkarat..
Serius.. walaupun sekarang ni sudah hari ke 13 aku berpuase.. tapi mood puasanya masih belum ada...
tidak tahu kenapa.. situasi sangat berbeza daripada yang biasa..
andai sebelum ni.. bila bangun sahur je, sudah ade rase satu perasaan yang sukar untuk di bayangkan..perasaan yang bercampur-baur.. sedih/berharap/berazam/insaf..
(adela juga roh puasanya tue walaupun seberat zarah je)..
tapi ramadhan kali ni, rasanya ade yang tidak kena jer..
hati aku kosong.........
sahur rase kosong...
berbuka lagi la.. kosong je...
apa masalahnya ni..
(nak kata makanan x de.. wey sori, setakat ni.. rezki makanan/minuman melimpah ruah.. syukur ya Allah)
kemungkinan besar..
dosaku sudah bertimbun-timbun cam tong sampah..
hati ini terlalu sukar untuk di bersihkan..
Hitam betul hati hamba mu ini...
aku masih mengharapkan petunjuk dari mu Ya Allah...
99% hati ku terdorong je pada maksiat.. sesungguhnya aku sangat takut/bimbang/gelisah...
apa erti puasa, jika perkara lagha (sia-sia) masih aku buat... (lapar dan dahaga saje yer dapat..)
masih mengharapkan hari esok, lebih baik dari hari ini.. amin ya Rabb..
Thursday, August 11, 2011
Membebel 2..
fuh!!.. trlalu banyak aktviti yang di buat sehinggakan terasa cam da susah untuk bergerak..
aktiviti byak pun, bukan kerana melibatkan pergerakan fizikal.. tapi banyak membebel.. haha..
bese la tu.. cikgukan..
tapi membebel kali nie lain mcm ckit, bukan cam bese2.. tenaga byk abeh kat suare je..
tapi Alhamdulillah.. bila dalam kelas, aku akan cube maksimumkan kudrat yang ade untuk membantu hero/heroin kita nie..
seperti yang cikgu2 kita alami waktu sekarang ni.. org luar mgkin agak tidak memahami situasi apabila seorang cikgu berhadapan dengan 40 orang pelajar..
mengajar mudah yer abg2/akak2 yer.. bebel je kat depan, bunyi loceng..balik.. kau faham o x..
ko studi sendiri la ye..
tp untuk mndidik 40 orang pelajar bukanla perkara yang agak senang..
- 40 orang pelajar yang berlainan ragam..
- 40 orang pelajar yang berlainan latar belakang..
- 40 orang pelajar yang sesangat rajin untuk blajar.. hehe
atau lagi..
- 40 orang pelajar yang sgt aktif bile berbicara.. x henti2 sembang..
mudah kata, 40 orang pelajar yang kene denda pun.. maseh wat muke otai je.. rilek memanjang.. haha.. mental tidak koyak cikgu!!!..
itulah realiti hero/heroin sekarang...
td, aku ade tanye budak tingkatan 1..
sy : siapa yang ponteng pose sbelum nie?..
hero :saye cikgu.. da 4 hari x pose cikgu..hehe
sy :nape?
hero : letih la cikgu!!..
itulah alasan famous aku dgr..
sblum ni.. ade bberape budak kantoi ngan aku makan roti atas tangga.. 6 orang sepakat.. bak kate dieorang.. sepakat mmbawa berkat.. semua boley rase ckit2 roti tue.. haha
(hero2 yang ni tua ckit pade yang td)
aku : woi, ko jangan nk tipu saye.. jom ikut saye..
hero : nape cikgu!!!
aku : ko jangan nak nape2 lagi.. ko x pose!!..
hero : x de la cikgu.. saya pose la..
aku : haha.. weh jgn nk tipu saye la.. (aku bukak poket n chek sluar dieorang.. ade plastik roti. haha) dah nie ape!!... ko ni wat malu adik2 la.. eii
dalam bilik disiplin..
aku : wey, nape mu ni x pose!!..
hero : x sahur cikgu..
ape lagi.. aku gelak la sorang2.. haha.. itulah jawapan mudah dieorang..
hero/heroin skalian.. harap anda memahamilah situasi cikgu2 ni . mendidik anda bukan suatu perkara yang amat mudah.. hargailah dgn mendengar kata-kata dieorang.. seikhlas hati..
persoalan mudah..
Kenapa anda terlalu susah untuk mengikuti kata-kata cikgu?..
________________________________________
terima kasih guruku.. didikan mu, ku hargai sepenuh jiwa ragaku..
Sunday, August 7, 2011
same-same la yer
dah ade yang ponteng pose ke?? haha.. anda sendiri la yang jawab yer..
aku pun sndiri pernah ponteng pose ni.. so, mmg x heran la kalu ade di kalngn kita yang ponteng pose..
maseh ku ingat tika berada di sekolah rendah dulu kale.. sngt terliur apabila melihat kepingan nanas di dalam mangkuk.. tika itu ade buat mjlis brbukak pose kt umah..
kononnyer, wat2 lupe.. ape lagi.. zappp.. ambik skeping.. haha
aku pun mnjamah la dengan senyap-senyap... fuh!! bile bulan pose gak smue nmpak bes jer.. hehe.. Alhamdulillah, lepas tu da insaf da.. hehe
(warning yer.. ni masih blum baligh lagi yer.. hehe..)
bile aku duk skolah menengah pulak.. lain pulak ragamnyer.. haha..
aku mmg tinggal di asrama.. so pelbagai ragam orang boley di lihat.. maklumla, duk 24 jam ngan kawan2.. sngt seronok teringat waktu ni..hehe..
bauan yang wangi, ku hidu.. perlahan-lahan aku berjalan.. rupe2 nye bauan itu datang dari dorm aku.. ewah2.. projek apo la nie..
bila melangkah masuk, terkejut aku.. bila melihat kelibat 3 orang hero kita yang sedang menikmati sajian maggi.. haha..
sungguh bijak dan pandai diorang nie.. aku hanya mmpu tersenyum..
diorang pun balas dengan senyuman..
perasaan bersalah?.. entah la..
waktu itu, mmg aku x mmpu untuk menegur..
tp skrg.. insyaallah.. andai pelajar2 aku melakukan hal ini, aku akan tegur..
besenye , sblum bermula o abeh kelas, aku akan ingatkan dieorang..
ape2 perkare pun..
mase kecikla perlu di didik ngan hal2 cam nie.. jadikan benda baek ini sbg amalan dieorang..
tapi kalu tertangguh sapa tua ckit.. pasti punya.. dieorang ambik endah x endah jer..
masuk telinga kanan kluar telinga kiri..
bak kata pepatah.. melentur buluh, biar dari rebungnya.. ewah..hehe
(bkn stakat kate-kate sahaja... tp perlu di ikuti dengan perbuatan.. insyaallah.. aku pun, baru je nk buat ni.. same2 la yer.. hehe)
Wednesday, August 3, 2011
Aktivitiku yang tidak formal..
Alhamdulillah.. slepas je waktu skolah, aku singgah jap di suatu tempat yang aman..
wow!!.. agak kaget apabila melihat ramai je hero2 kita yang sedang bergelimpangan/berselerakan/bertaburan..tido.. haha
(maafkan saye cikgu2 BM.. pnggunaan tatabahasa kurang tepat.. hehe)
almaklumla.. hari nie masuk kali ke 3 berpuasa di bulan Ramadhan.. letih/capet.. hehe..
bile je aku nk join skali ngan dieorang.. bukan tidola.. tp duk saje2.. rilek kpale otak ckit..
dtangla bberapa orang hero dekat aku.. aku pun layan je la..
(waktu lapang, perlu di penuhi dengan ibadah.. lapang sebelum sempit)..
bila di tanye.. aku pun menjawabla.. weii.. bile mnjawab gak.. tau2 aje la..
aku bhagian ayat bunga-bunga gak.. pnjang lebar la.. haha..
amat sronok, apabila dieorang d dalam lingkungan umur sbgitu.. tp pndai mnyediakan soalan yang amat bernas...
sronok apabila pelbagai lontaran masalah di tanye.. di tambah lagi dengan perasaan ingin tahu dieorang yang membuak-buak.. semuanya berbentuk persoalan...
dalam ati ni.. (rajin jugak dieorang bace buku.. ingatkan pndai tido jer.. haha.. pndanganku nyata tersilap.. maafkan saya yer.. hehe)
paling x kusangka.. ade jugak hero yang di dalam kelas tue aktif sgt.. asyik nak kene ketuk jer..hehe
tp, bila beraktiviti td, respon yang di beri sangat bagus.. cerah je mata.. bagusla yer..hehe
sesi soaljawab yang tidak formal td mngambil mase yang agak lame jugak la..
majoriti yang tido td, telah bangun kejap, bukak mata sambil dengar hinggala terlelap balik.. haha.. khusyuk sgt kut..
aku rase puas ati..
apabila ade aktiviti sperti ini.. kita akan dapat tahu, sejauhmane kelebihan dan kekurangan ilmu yang ada pada diri kite..
pngajaran ntuk aku.. lepas nie.. kene banyak nuntut ilmu lagi la yer.. haha..
apa yang perlu kita tahu skrg.. hero2 kita ini mmpunyai perasaan ingin tau yang amat tinggi..
tp dieorang tiada saluran nk bertanya.. di tambah lagi, perasaan yang sangat malu nak bertanya..
aku pun samale.. haha
so, nasihat aku ntuk orang bijak pandai..
pndai2 la membuat muka yang selamba/cool/rilek2..
dampingila dieorang.. kongsiknlah ilmu yang penuh di dada anda itu..
aku tau.. istilah diam-diam ubi berisi..
(tapi sampai bila dirimu nak duk diam je..)
kongsi-kongsi la ilmumu. jangan di simpan sorang2..
skrang ini, terdapat generasi yang memerlukan bantuanmu.. hulurkan seikhlasnye..
kalau tidak dipecahkan ruyung.. manakan dapat sagunya..
Allahu alam..
Tuesday, August 2, 2011
Mu puasa ke tidak ni.. haha
Bulan Ramadhan yang di tunggu bagi org2 yang beriman, telah pun sampai..
Org mcm aku ni tnggu jugak.. tp berat ke arah syawal.. raya wei..
(baru pose 2 hari tp, pkir raye da brape banyak ari da..).. Astagfirullah al azim..
baju raya mmg da bikin awal lg u.. sblum pose lagi da.. kasi siap smue.. haha..
bagus la cam tue.. mase bulan pose, x de la nak pkir-pkir lg baju, selipar, songkok, n
kete raye.. da bereh!!..
Alhamdulillah.. bleh fokus pade ibadah 100%.. mantopp!!
(tp yang pkir cam nie sstengah orang je kut.. bile la aku nk trmasuk golongan cam nie..apepun x siap)..
bile bace je entri abg naim brkenaan dengan ini
aku pun terus terpikir.. haha..
peliknya.. bila melihat orang tua, seronok mngunyah makanan tatkala smue orang sedang menahan diri dari lapar dan dahaga...
(di tujukan untuk orang lelaki yang sihat, kuat dan gagah perkase.. (mukallaf).. sesetengah prempuan x kesah le.. ade syarat2 yang di benarkan untuk tidak berpuase)
andai kalu dah umur 20 an/ 30 an masih main tipu2 lagi bile berpose..
(duk senyap2.. makan.. hehe)
kmungkinan besar la.. seumur hidup dieorang mesti masih ade rongga kosong yang belum di lengkapi ibadah puasa dengan sempurna.. Allah Yang Maha Mengetahui
(minta maaf.. terus-terang.. aku pun masih x sempurna dalam ibadah berpuase ni..)
kalu berkenaan solat pulak.. no komen..
tp aku masih x boleh terima.. orang tua pakai songkok comey2..
masih mnyimpan kuku di jari.. panjang plak tue oiii.. lupe agaknye nak potong ek..hehe
Allahualam...
dgr tue.. pose jangan x pose..hehe.. layannn..
Tuesday, July 26, 2011
Main-main smase Bermain..
..Sihat sbelum sakit..
mmg satu peringatan yang jelas kepada sesiapa yang pernah dengar dan faham penyataan tersebut..
Nabi Muhammad SAW sendiri juga sering bersukan. Antaranya bermain pedang, memanah dan menunggang kuda yang sememangnya menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat.
kalu nk pergi perang lagila.. dengan persiapan kekuatan fizikal yang mantap n kecekapan menggunakan senjata.. fuh!! .. mantap2.. perang gune pedang weii.. putus tangan, putus kaki..
x leh bayang..
smue brgantung dengan kekuatan rohani dan keprcyaan 100% kepada islam..
tiada lagi keraguan..
sebab itu, mereka berani untuk menempuh sbarang ancaman di hadapan..
sgt kuat n teguh iman dieorangkan...
tanye same aku plak???.. wei.. malu!!! jd tukang cuci mase perang pun x layak.. waduh2.. lemah!!
kembali blik pd topik.. hehe..
aku cube sahut penyataan di atas.. dan aku percaya bersukan merupakan salah satu cabang untuk memastikan tubuh yang sihat..
akal yang cerdas, datang dari tubuh yang sihat.. insyaallah..
tp ade je yg kacau.. aii.. bile nk bersukan dengan aman n tenang.. ade la beberapa hero kite ni sedang jugak bersukan.. bagusla bersukan.. tapi..
yang x bagusnye.. eii.. dieorang ni main-main bile bermain.. suke sangat main-main..
alatan sukn tue dah mahal.. tp ambik x kesah jer.. main ikut suke ati dieorang..
sbagai manusia yang normal.. aku pun tegur n adela sdikit unsur kemarahan.. hehe..
harap anda faham..
alatan yang di beri pinjam.. guna/jage seelok-eloknya.. itu adalah Amanah..
Ingat, jika org mmprgunakan barang kesayangan kite dengan sewenang-wenangnyer..
anda marah atau tidak marah?? jawap sendirila..
ikut fitrah anda sebagai seorang manusia yang normal..
.. secara jelas, ramai antara hero/heroin skrg nie, masih ambik mudah dalam smua perkara..
TIDAK SERIUS.. samaada dalam pelajaran.. ataupun bersukan.. pelik2..
...berubah la yer..
Monday, July 18, 2011
Kuatnye awak suke..
don't laugh too much.. because u might cry at the end.. (pok jue, 2011)..
Alhamdulillah.. sesuai sgt2 dengan keadaan aku yang sentiasa suke sokmo..(over aku ni bile suke)
saat alpa, ade yg mengingatkn.. terima kaseh kekwan..
mmg dua 3 hari ni.. aku rase cam ade x kene jer.. n aku pasti..
Ia sebenarnya mlibatkn prangai aku yg sntiasa sentiasa suke brlebihn
(belajo ngan sape entah.. waduh2)..
shinggakn ade sstengah plajar mnggelar aku 'cikgu hakha'..
dek krana suke yng agak kuat.. astaghfirullah al a'zim..
x per sy x marah yer.. hehe.. itu mgkin salah satu care, ntuk saye ubah diri mnjadi seorang yang lebih baik.. (tp jgn trlalu over yer.. itu juge boleh mndatangkan kemarahan..hehe)
sesungguhnya aku prcaya islam sgt menjaga tingkahlaku sesama manusia..
ikuti sunnah rasul n para sahabat.. penuh tawadhuk n konsisten bila bekerja..
(aku perlu byk bace byk lagi psal ni)..
bile je kawn aku post pnyataan di atas.. terus aku teringat wasiat Imam Hassan Al Banna..
terharu aku..
antaranye ialah..
(Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram)..
Insyaallah.. aku akan cuba mngawal suara ini..
teringat aku kisah pejuang islam yang sentiasa serius mmkir bagaimana untuk membebaskan palestin.. kejayaan hakiki tidak datang dengan senang lenang/goyang kaki..
semuanya dengan Usaha+Doa+Tawakal..
bersama hayati prngorbanan pejuang-pejuang yang brkorban ntuk islam..
bagaimana pula dengan kite.. Astagfirullah al 'azim..
Friday, July 15, 2011
Jeles aku r tue.. haha
x snggup rase nk bagi nasihat kt orang lain.. x layak!!!.. waduh2..
tp bile aku bangkit balik, baru ku sedar.. sebenarnya itu permainan syaitan.. ko memang keji...
jelez aku r tu.. haha
(lame jugak nk bangun blik nie..aii)
mmg terang dan nyata.. permainan syaitan nie mmg dahsyat..
andai aku buat baik ckit je ari tue.. ade la petang tue die rasuk aku buat bende x elok.. bermain-main je dlm kpale otak nie.. kasi penampar x bleh boh!!.. haha
eg. bila aku bngun awal je dlm kul 5pg.. kul 5.40pg mase azan (mase azan tue) aku rase mngantuk gile2.. letak kpale atas bantal.. pastinyerrrrr.....zzzzz
bukan sekali dua.. tpi berkali kali.. haha
nk menunjukkn.. iman aku terlalu rapuh.. ( tapi Alhamdulillah.. solat tetap solat.. )
(korang cam ner??.. harap jgn jd cam aku.. kalu cam aku jugak.. sling nasihat menasihati la yer.. jgn sling jatuh menjatuhkan.. kalu cam ni gak.. sentiasa jatuh laa.. kita belajar dari kesalahan sebonarnya)..
jadi
..Pastinya kekuatan iman menjadi pendinding segala kemungkaran...
.. dan yg smestinya pasti.. aku masih lemahhhhh.. adoi!!!....
(Ya Allah..kurniakanlah aku Iman yang teguh sperti nabi2 mu.. sperti wali2 mu.. sesungguhnya, aku tau semua yang datang adalah dari Mu.. aku lemah Ya Allah.. Hanya pada mu aku berserah.. amin ya rabba a'lamin)..
k, layan r lagu jap.. kasi tenang ckit.. hehe..
lagu bes aku nie mase darjah 2, x silap aku r.. cyan nyer generasi
sekrang nie.. lagha dengan lagu2 yang menyesatkan.. mesti x pernah
mendengar lagu2 cam nie.. ape lagi nak hayati.. astgfirullahal azim..
Tuesday, July 12, 2011
Bilaku senyum, ko ......
tue la terlalu dahsyat aku dulu.. gerunn..
aku pernah di panggil ntuk di buli beramai-ramai, di hina,..waduh2.. dahsyat oii..
dan bila aku bertanye.. apakah salahku yang terlalu beso ni? hah!!. (dengan suare yang agak sayu)... ape jawapan yang dieorang bagi??.. jawab ler.. haha
kenape mu senyum kat aku mase abeh salam td (tike abeh smbhyang).. haha..
(die ingat aku menyindir agaknye.. Allah yang Maha Mengetahui)
Ya Allah... inikah dosa beso yang telah kulakukan pada mu.. aku beno-beno telah menzalimi mu ke.. mintak maaf ku pohon.. hehe
macam-macam ade.. haha
senario yang lain pulok ni.. hehe
- sebenarnya, aku agak terasa bile kita bersalam-salaman, dengan senyuman yang sampai ke pipi...suke ati le ni... namun ape balasan yang ko bagi..
ko berpaling sane nun jauh.. knape x brani nk tatap mukeku..
(oo.. ke ko anggap aku ni x layak salam ngan ko) - anggapan sahaja.. x baek bersalah sangka..
tp hakikatnya sebagai seorang manusia.. mmg ade perasaan itu.. (tp x perlu pendam dalam ati).
aku akui hal ini..
sikap atau sifat manusia tidak lari dengan hasutan nafsu dan syaitan ni..
tapi berbaik sangkalah.. itu yang sebaik-baiknye..
tapi dalam 5 kali salam.. 5 kali jugak die pusing kanan kiri.. ade le tu yang tidak kene.. haha
Islam sememangnya menjaga tatacara hidup manusia sesama manusia ni.. hanya kerana senyuman.. sila bace hadis bawah nie..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
(Ya Allah.. Syukurku kepada mu kerana telah mengurniakan Nikmat Iman dan Nikmat Islam kepada ku.. berikn semangat untukku menjaga nikmat ni sebaik mungkin)
bile aku abeh bace je hadis nie.. aku rase nk mnyanyi je.. haha..
jom same-same.. haha
Monday, July 11, 2011
Membebel.. haha
Alhamdulillah.. selesai sudah sesi brgambo ngan cikgu2 TMS.. hehe.. smat2 blake ari nie.. bgus sungguh cikgu kite.. haha.. bile plak aku nk smat ni??.. ( ni le sikap x brsyukur.. susah sungguh nk buang yer)..
abeh je kelas ari ni.. aku trus p dewan ntuk setelkan prsiapan program teknik menjawab pmr..
selang brape minit (dlm setengah jam jugak kut..hehe).. ade sorang ibu pelajar dtg nk jumpe cikgu2.. termasuk aku.. ntuk bicara pasal anaknya.. abeh keliling sklah katenye cari.. Alhamdulillah jupe jugak.. hehe
bgitu prihatin.. smangat.. (ibu o ibu.. knape ade yg masih x hargai pngorbanan mu..)
dalam 1 jam jugak brsembang-sembang mngenai perangai budak2 skrg.. aku sangat hargai keprihatinan mu ibu..
aku x nk bincang mengenai kelemahan atau kelebihan pelajar trsebut.. sbb aku akui, setiap manusia mmpunyai kelemahan dan kelebihan.. kadang2 tue, kita yg terlalu merendah diri sehinggakan x nak mncuba perkara yg baru (termasuk aku.. wahaha)..
persoalan sekarang..
Bagaimana untuk mengubah iklim/perangai pelajar yang ambil mudah dalam semua perkara?
x nk belajar/sikap kurang ajar.. menjeling-jeling/ tido/ sembang lucah.. td da ade yang kene..haha/..
yang lagi mnyakitkan prndgaran.. bile satu grup besar bersembang pasal ni.. (masih bermoral ke?? )
kalu anda perasan.. majoriti pelajr mmpu bercakap terlalu lantang dgn cikgu2.. yg ni x kesah sgt.. masih ok lagi la.. tp kalu mencarut depan cikgu.. weh aku pantang !!..
ini nak mnnjukkan pelajar skrg terlalu berani ntuk mencabar..
kalu mcm ni perangai di sekolah..
bagaimana pergaulan di luar sekolah? - x dpt den nk dgr..
sedarlah adik-adik.....
cikgu/ibubapa sentiasa menegur dgn baek.. tapi anda balas dengan tengking/jelingan tajam..
x perlulah sampai mcm itu skali..
cikgu paham.. bile ekau x mampu nk belajo ngan elok.. ekau akan mule nk tido..
bile ko da brkawan.. kau akan mule lupa daratan..
bile ko dpt awek.. ko dah mule di rasuk fb..
apa yang cikgu nak ko mesti ade prinsip... tidak mudah hanyut dengan cubaan sperti itu..
jgn nak mengalah andai gagal.. anda mampu buat jika ada usaha.. kejayaan tidak akan tercapai dgn sembang mengarut2.. perlu ade usaha berterusan... ni la kene ade prinsip..
(sperti bese nasihat saye.. beli buku latihan n buat scr berterusan.. jgn kedekut sgt duit 2)
yang penting.. dengan ibu/bapa n cikgu x perlu lantang suare jika tidak puas ati..
senyap sudey.. k.. tunduk je kpale dn sedar lah..
hargailah pesanan ibu bapa dan guru anda.. sebelum subuh terakhir..
sekian untuk bebelan kali ini.. nnti sy membebel lagi yer.. haha
Saturday, July 9, 2011
Kenapa masih malu...
knape masih malu untuk meminta..
dek sebonarnye kerana terlalu byk titik hitam dlm ati ini..
andai telah sampai ajalku.. matikan aku dalam husnul khatimah...
bimbangku.. bile brhadapan dgn sakaratul maut.. dgn dosa yang brtimbun-timbun..
hutang.. salah faham.. yang tidak habisan..
bagaimana dengan solatku.. amal ibadahku.. hidupku.. dan matiku..
Adakah sudah cukup sempurna??
bimbang..
andai amalku blum lengkap smpurna.. tp sudah di panggil olehNya...
(Ya Allah.. sempurnakanlah solatku.. ibadahku.. hidupku.. dan matiku dengan sebaik mungkin.. ampunkanlah dosa-dosaku.. dan terimalah taubatku.. matikanlah aku di dalam husnul khatimah dan tempatkanlah daku di syurga firdaus)..
Face Book
Sedang aku mmbelek-belek Fb.. sambil2 tu tgk info pasal BERSIH 2.0..
agak kaget bile ade sorang hamba (sedara trsgt dekat ) sedang online..haha.. sblum nie x penah2 nk online..
tetiba je, ntah la..hehe
sempat chat ckit, sbab da hampir maghrib da..
walaupun singkat mase.. tp sgt tersentuh...
sblum abeh chat.. satu je nasihat si dia bg.. (jadi anak yang soleh ye)..
bile bace je nasihat nie.. ati ni terus teringat Arwah ayahanda tercinta..
(Ya Allah.. Adakah aku anak yang soleh ??? )..
malu rasenye.. bile diri ini sntiasa melupakan tanggungjawab sbg seorang anak..
bimbang andai di tanye.. mane doa anak yang soleh????..
malu.. aku sering lalai.. lupe.. alpa...
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya
kecuali tiga,
i. sedekah jariah,
ii.ilmu yang dimanfaatkan
iii. anak soleh yang mendoakannya
Hadis sahih riwayat Muslim
(Ya Allah tempatkanlah ibu bapaku di kalangan orang2 yang beriman dan tempatkanlah kami di dalam syurga firdaus..)..
sambil menaip post nie.. ade plak lagu ustz dzulkarnain.. bertambah la plak suspen.. hehe.. tersentuh den.. waduh2.. sayu weh..
syurga di bawah telapak kaki ibu... sekadar gurauan je yer..hehe
Tuesday, July 5, 2011
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman..
( 1 ) Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.
( 2 ) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
( 3 )Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
(4 ) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu.
( 5 ) Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
( 6 ) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
( 7 ) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.
( 8 ) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
( 9 ) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
( 10 ) Mereka itulah orang yang berhak mewarisi.
( 11 ) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
petikan dari surah Al Mu'minuun ( ayat 1-11)
Saturday, July 2, 2011
Melaka.. aku da sampai..
smalam aku datang balik sekadar untuk makan angin bersama kawan2 (5 orang..)..
time kaseh kerana sudi untuk menemankan aku.. aku hargai kamu sbg kawan..
perjalanan ini mmg berliku-liku (cam jalan Tampin).. haha
ade kale lurus.. dan ade kale bekok2 (blajo dari sapa entah)..haha
bgtulah ukhuwah antara kite..
ade mase ok sgt2.. dan ade kale brlaku salah faham..
itulah sebenar warna-warni kehidupan..
jangan jadikan salah faham sbg pemutus ikatan antara kita..
jadikanlah ia sebagai pengikat untuk kita saling lebih mengenali antara satu sama lain..
moge kehidupan lebih berseri selepas ini.. Amin Ya Rabb..
Friday, July 1, 2011
Malu..
sesungguhnya kurniaan Allah kepada hambanya memang tidak dapat di kira (terlalu banyak oii).. kita je buat2 lupe.. selalu lalai daripada mengingati Allah..
(terlalu asyik dengan FB, bersuke-sukean, bergosip-gosip.. kalu bab2 sembang n ngutuk orang ni.. 2 3 jam pun x abehkan.. hehe - aku la 2)
sesungguhnya aku terlalu malu apabila ingin berdoa pada mu
(mintak mcam-macam.. tp sentiasa membuat maksiat..waduh2.. mata, mulut, telinga, tangan, kaki.. semua la)..
trsgt maluuu...
itulah kadang-kadang, aku berdoa cam nk x nak je.. sbb malu dngan diri sendiri setelah maksiat yang aku buat.. (Aku memohon ampun dari Mu Ya ALLah)..
hati memang tidak tenteram.. pening kpale pabila mmikirkan balik dosa yang aku buat..
(sesungguhnya aku sgt2 ingin balik ke pangkal jalan.. tp setan ade je tgh2 jalan tue.. buat roadblok memanjang..)
aku pun mule terpikir.. mgkin inilah faktor yang mengakibatkan terlalu banyak maksiat berlaku skarang.. smue org nk berubah ke arah baik, mmang aku akui..
ttp apabila kite telah membuat maksiat.. kita rase sgt malu ntuk smbahyang.. ntuk mmbuat amal2 baik yang lain.. malu sgt nk berdoa.. pah tue.. biarkan saje...
akibatnye.. kita x balek pada agama.. dan masih teruskan dengan keje lame.. (Ya Allah Jauhkan kami serta keturunan kami daripada hal ini..)
lagi.. aku rasekan.. kita nie terlalu memuja sgt lagu Org2 putih/video2 klip 'pelik2'
(beranggapan nk pndai cakap orang putih.. hehe- alasan ade sokmo2)..
persoalan: rase2 nye sesuai atau tidak, lagu rock melampau-lampau yang kita dengar dengan jiwa solat yang mementingkan ketenangan dan amalan yang mengikut tertib)..
(Tersangat jauh berbezakan.. so, bdk2 kita nie sudah terlalu jauh terpesong dengan amalan agama islam.. smua bdak2 sekarang sudah ketagih dengan lagu2/video klip yang merosakkan akal fikiran.. macam mane nak kawal ni.. hah!!!!)
Adakah sudah terlewat??.. budak2 tingkatan 1 hingga belajar sampai Universiti.. mmg tersngat minat lagu/video sperti itu...
Anda hendak melarang/menegah?
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab?
so.. mai ramai2 yer.. kite enjoyyy!!!... itu yang kita maukan!!!
-same2 kita pkir-
tanya diri sendiri..
- Adakah ulama akan buat apa yang kita lakukan ni (eg: bersuke-sukean scara melampau2)? kalu x, mesti ade sebabnye.. (mahu praktikan amalan sperti idola/ikon aku.. x buley lagi ni)
(Ya Allah, kurniakan petunjuk kepada aku.. sesungguhnya aku sentiasa mmbuat dosa.. aku tersangat malu dengan perbuatanku.. Ya Allah kurniakanlah benteng penghalang daripada syaitan yang di rejam.. berikan kekuatan untuk mengamalkan ibadah kepada Mu..amin)
Same-same dengar lagu nie.. moge dapat pengajaran bersame...
Tuesday, June 28, 2011
Pelajar aku ke ni !!!
Sunday, June 26, 2011
Kelab smakin ceria.. hehe..
Alhamdulillah.. aku baru sahaja di khabarkan berita gembira.. seorang putera, dan seorang puteri selamat di lahirkan.. (anak sedara aku oiii.. haha)
Wednesday, June 22, 2011
Dengarlah, Lihatlah, Bacelah..
Bila Waktu Tlah Berakhir
Munsyid : Opick
http://liriknasyid.com
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan mati meninggla kan diri mu
bagimanakah bila saat nya
waktu terhenti takkau sadari
masikah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu
dunia....dipunuhi dengan hiasan
semua..dan sgala yang ada
akan kembali pada nya
bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggalah sepi...
(Untuk nasihat Diri sendiri.. yang sering lupe diri.. Ampunkanlah Diri Ku ini Ya Allah)
Tuesday, June 21, 2011
Sedikit "Sen" keluar.. Anda Mengeluh!!
Dan aku percaya, setiap "sen" yang kite kluarkan itu tidak setanding dengan pengorbanan mase dan tenaga yang di ambil bagi menyiapkan karangan tersebut.. ketelitian ahli ilmuan kita mnyiapkan kerja bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.. tp penuh dengan dedikasi dan kekemasan.. (Agama tidak selekeh.. tp sesetengah penganutnye saje yang selekeh. -termasuk aku..waaa)
lagipun, buku ilmiah/novel pembangunan ummah yang kita beli bukanlah satu prkare yang sia-sia.. ape yang dapat kita kongsi, kongsilah pada kawan2... (Awas : Jangan Kedekut yer)..
betoi!! jangan terlalu brkira sgt pasal ilmu nie.. tidak rugi berkongsi..
(besenyer, orang kedekut ilmu nie.. sentiase beranggapan mahu bijak ckit pade orang lain.. haha..kan2.. aku pun cam tue.. normal, tapi berubah la yer).. hidup sementara sahaja, gunakan lah mase untuk kebaikan.. dah terlalu banyak buat keburukan nie.. adoii!!..
Insyaallah.. andai aku masih bleh bernafas, aku akan kongsikan sedikit sebanyak pembedahan buku/karangan ilmuan kita nie nnti..
(Barang lain bleh beli sampai beribu-ribu, buku sebuah nak beli, pkir 2,3 jam.. haha.. tuepun RM20.00 sahaja.. haha - aku la ni)..
Sunday, June 19, 2011
ISLAM JADI MAINAN....JAUHKANLAH..
smlam heboh plak pasal kartunis surat khabar utusan yang melukis gambo berkaitan dgn (ahli ulama/ustaz).. yang seolah-olah ahli ulama ni jumud trsgt2.. eiii..
lg x puah ati.. ade jugak yng sokong lukisan tersebut..(ade la alasan yang di anggap munasabah bg dieorg).. walaupun bgitu, yang hanya tau niat dieorg ni, hanyalah puak2 n sekutunyer sahaja.. eiii.. bgaimana pula dngan tanggapan orang2 luar sane.. (utusan malaysiakn surat khabar public)..ini sudah menjadi fitnah yang amat besar bagi ahli ulama/ustaz malahan kepada smue umat islam sendiri..
ape ke x nye.. kalu org non muslim tgk n bace plak.. mmg dieorang pun beranggapan seperti itu.. islam ini kolot/jumud.. eiii...panas oiii..
tp bila timbul isu nie.. mane suare org bijok pandai nyer.. berape ketul je yang bangun..
tolong la!!!
ANGKATLAH MARTABAT AHLI ULAMA/PARA ILMUAN ISLAM/USTAZ-USTAZ DI TEMPAT SEPATUTNYA DI KALANGAN MASYARAKAT..
kita bleh pegi stadium dengan bersesak2 nyer...bersorak2 sampai abeh suare.. mmbuat banner sbeso2 nyer.. SEMANGAT NEGERI/SEMANGAT NEGARA katekan..
tp bila timbul isu brkaitan sensitiviti islam, ADAKAH ANDA TERASA PANAS/MARAH ????.. entah..rase macm bese2 jer.. (tau tp buat2 x tau).. adakah ini yang anda anggap.. makanye, UMAT ISLAM MAKIN MALAP SEIRING DENGAN PEREDARAN MASA..
MENTERI/MUFTI (orang beso2 nie).. jalankan tanggungjawab anda (jgn jd tukang angguk je.. bg yg terase la..hehe) .. pulihkan maruah dan angkat martabat ahli ulama/ilmuan islam/ustaz kite nie..(tp kalu dieorang pun stuju jugok.. eiiii...)..
..; bila nk mngeluarkan sesuatu isu melibatkn islam, perlu beri pd org yng sepatutnyer.. bkn baharambangjer (ikut suke jer)..
Saturday, June 18, 2011
SYEIKH FATHI YAKAN.. jurutera dan juga pejuang islam
Lubnan atau lebih tepat lagi Tripoli pasti menangisi pemergian tokoh ini. Di sinilah tempat beliau dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1933. Tokoh ini tidak asing dalam dunia pergerakan islam, lebih-lebih lagi bagi Ikhwan Muslimin. Pengaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang peri-pentingnya dakwah islamiah dalam kehidupan seharian. Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.
Beliau dikenali sebagai insan yang bukan sekadar berteori semata, tetapi melaksanakan apa yang dikata. Kehadirannya di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan risalah-risalah Islam dalam kuliah-kuliah di masjid dan pelbagai tempat, menambahkan lagi ketokohan beliau di mata masyarakat. Seperti kebanyakan tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain, beliau juga tidak terlepas dari dipenjarakan. Tulisan dan penglibatan beliau dalam gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan dan memerbahayakan pemerintahan. Atas alasan itu beliau telah dipenjarakan, malahan beliau turut diseksa dengan pelbagai cara.
Tetapi dugaan dan cubaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menyebarkan risalah Tauhid dan mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Cubaan itu hanyalah secebis ujian yang Allah berikan kepada beliau. Malahan ujian itu dianggap sebagai penanda aras sejauh mana imannya kepada Allah. Selaras dengan firman Allah yang bermaksud, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (al-Baqarah:214)
“Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi.” Ucapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ini sesuai untuk ditujukan kepada tokoh seperti Syeikh Fathi Yakan. Kehidupannya dipenjara tidak disia-siakan begitu sahaja. Jika Syed Qutb menghasilkan Tafsir Fi Zilalil Qur’an di penjara, begitu juga dengan HAMKA dengan tafsir Al-Azhar, maka beliau juga turut menghasilkan tulisan-tulisan ketika mendekam di dalam penjara. Namun tulisan-tulisannya disasarkan khusus untuk para pemuda dan pemudi Islam. Beliau berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah asset Islam yang harus dikejutkan dimotivasikan dengan semangat dan nilai-nilai Islam.
Kata Syeikh Fathi Yakan ketika membicarakan tentang para pemuda dan pemudi ini. Katanya, “Pemuda ialah sebuah tenga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi orang lain telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda dan pemudi tetapi mereka ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar.”
Sehingga akhir hayatnya, beliau tetap berkeyakinan bahawa para pemuda dan pemudi Islam adalah agen perubahan kepada Daulah Islamiyah. Tokoh yang mempunyai kelulusan Master dalam bidang Kejureteraan dan Dokterat dalam bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab ini akhirnya pergi menghadap Illahi pada tanggal 13 Jun 2009. Sesungguhnya permergian beliau bagaikan kehilangan sebutir mutiara di dasar lautan. Moga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat syurga Firdaus.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah, bahawa Allah tidak akan sesekali menghilangkan ilmu pengetahuan sekaligus dari dada-dada manusia, tetapi mematikan para alim-ulama’. Dari Abdullah bin ‘Ash r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda ; “Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis direkodkan Imam Muslim)
sumber ini dicedok dari :http://www.yussamir.com
(semoga lebih ramai lagi pejuang yang mampu di lahirkan setanding dengan pejuangan seperti beliau...amin..)